Alhamdulillah, its been a month since I last updated this blog and anak-anakpun dah kembali ke sekolah semula dan entah bila pula akan ku mulakan kuliah-kuliah pengajianku di Masjid Darul Ehsan Taman TAR & juga Surau Bukit Mulia ni nanti.
Sepanjang cuti sekolah baru-baru ni, banyak aktiviti dapat dilaksanakan. My diet program started in November 2008 dan sehingga kini baru hilang 4 kilo sahaja. Alhamdulillah, I lost 4kg in 2 months. Tak disangka pulak, walaupun cuma kurang berat sebanyak 4kg tapi siaz baju dah kurang 3 saiz. Saiz seluar kurang 2 saiz. Semangat haruuuusszz kental! Hehehe
My eldest son, Harith is now in kuantan, temankan neninya (nenek)...di kampung. Dia baru habis menduduki peperiksaan SPM & now he's taking his driving license there in kuantan. Macam-macam pula kejadian Harith hadapi semenjak dia tinggal di rumah mak. Kejadian rumah dimasuki ular hitam sebanyak 3 kali agak memberi tanda tanya kepada kami semua. Terutamanya ular dewasa berwarna hitam memasuki bilik utama melalui tingkap dan aku menyusuh mak memberi salam (salaam Nabi Sulaiman kerena Nabi Sulaiman alaihisalam sangat-sangat terkenal di kalangan binatang mahupun makhluk halus) sepertimana yang telah diajar oleh guru-guru agamaku di kuliah-kuliah yang lalu. Kembali kepada cerita ular, setelah mak memberi salam sebanyak 3 kali dan menyuruh ular itu keluar dari bilik tersebut...ular itu tadi seperti mendengar arahan mak. Dia terus saja keluar melalui jalan yang sama ketika dia masuk ke bilik tersebut. Kata ustaz-ustaz kami, jika perkara seperti itu berlaku...maka 'ular' tadi itu bukanlah ular sebenar, malah ianya adalah jelmaan makhluk halus (Jin) dalam bentuk binatang yakni ular hitam.
Seminggu setelah kejadian itu, lagi sekali seekor ular yang sama jenis (hitam) tapi bersaiz agak kecil & halus. Ular kecil tersebut masuk ke dalam dapur melalui pintu masuk lalu terus menyorok di bawah dapur masak (stove) yang Arwah Ayah letakkan di atas lantai berlapikkan pangkin kecil. Alhamdulillah, Harith tak panik dan dia menalifonku untuk bertanyakan apa yang perlu mereka buat. Setelah mengajar dia beberapa 'teknik mengusir ular', tapi ular kecil itu tadi masih lagi berdegil sehingga lah abang ku sampai di rumah mak dan mengambil sebatang buluh (bamboo) untuk cuba menghalau ular kecil itu tadi. Tapi malangnya, ular tersebut tiba-tiba hilang terus dari pandangan.
Keesokan harinya, ular kecil itu kembali lagi ke dalam rumah. Kali ini, si kecil yang bersaiz ibujari orang dewasa dan panjangnya dalam 1 meter masuk ke dalam salah sebuah bilik mandi di rumah mak. Athea, anak saudaraku (yang juga baru habis SPM) masuk ke bilik air tersebut dan menjumpai ular tadi terbelit di batang paip bawah sinki. Setelah Harith memberi salam beberapa kali, dia masih berdegil. Lalu Harith mengambil batang buluh (tongkat semambu) dan mengetuk ular itu sampai mati. Malam tersebut, Harith mimpi ada sepasang ular hitam datang menyerangnya. Inilah yang sedikit sebanyak merisaukan aku. Jika melalui pengajian rawatan Islam yang pernah ku pelajari, mimpikan ular hitam...tafsirannya adalah perbuatan 'sihir'...satu persoalan yang perlu aku ajukan kepada guru-guru pengajian rawatan Islamku. Sekianlah sudah kisah Harith dan ular. Na'uzubillahi minzalik, wallahu'alam bi sawab.