Thursday, November 13, 2008

Kelebihan Bersugi (miswak)

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarokatuh

Telah enam (6) bulan Almarhum Ayah meninggalkan kami. Tidak terluah rasanya betapa rindunya kami terhadap Almarhum Ayah. Dengan rasa terhutang budi yang teramat sangat, inginku berkongsi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada kita semua ini. Semoga sedikit ganjaran yang diperolehi daripada ilmu yang inginku kongsi bersama ini dapat sampai ganjarannya kepada Almarhum Ayahnda Abdul Rahim...amiin.


Kelebihan Bersugi...




Bersugi itu adalah sunat mu'akad tatkala berubah bau mulut dengan makan makanan yang keji (yang kuat baunya).


Pahala sembahyang orang yang bersugi adalah 70 kali ganda.


Sunat bersugi dengan sesuatu yang kesat ketika hendak sembahyang, bertukar bau mulut kerana makanan, diam lama atau tidur.


Bersugilah kita pada tiap-tiap hal dan tiap-tiap ketika.
Contohnya: ketika mengambil wuduk, sebelum takbirratulikhram, sebelum membaca Al-Quran, ketika sakit mata, sebelum berzikir, sebelum masuk masjid, sebelum keluar masuk rumah dsbgnya.


Sunat-sunat bersugi:


1. Sunat berniat: “Sahaja aku bersugi kerana Allah ta’ala”
2. Menggunakan tangan kanan untuk bersugi
3. Jadikan ibujari dan jari kelingking di bawah kayu sugi dan jari manis, jari tengah dan telunjuk di atas.
4. Sunat didahulukan bahagian kanan dlm mulut, atas dan bawah. Kemudian ke bahagian kiri.
5. Akhir sekali di keseluruhan bahagian dalam mulut termasuk lidah dan lelangit.
6. Makruh jikalau ukuran kayu sugi yang hendak digunakan itu lebih dari sejengkal kerana syaitan akan menunggang di bahagian yang lebihnya.
7. Sunat bersugi dengan miswak.


*Sabda Rasulullah s.a.w. “bersugi olehmu kerana ia meredhakan oleh Tuhan dan menyucikan mulut”


Sabda Rasulullah s.a.w. “3 perkara wajib sunat mu’akad

1. Mandi sebelum sembahyang jumaat untuk kaum lelaki, dan mandi sunat Hari Raya bagi kaum wanita (dan lelaki)
2. Bersugi
3. Memakai bau-bauan (lelaki)


Fadhilat (kelebihan) Bersugi

-Menyucikan mulut
-Membaikkan bau mulut
-Membetulkan tulang belakang
-Membetulkan mai’dah (sistem penghadaman)
-Menegak & menguatkan gusi
-Melambatkan uban
-Menjernihkan kejadian warna tubuh
-Bertambah cerdik
-Menambahkan akal
-Menanbahkan amal
-Memudahkan keluar nyawa
-Memudahkan menyebut syahadah tatkala sakratulmaut
-Keluasan pada kehidupannya (tenang)
-Mumurahkan rezeki
-Menghindarkan sakit dalam kepala
-Memutuskan kahak
-Menguatkan gigi
-Mencerahkan mata
-Menambahkan fasih
-Membaikkan hafaz
-Menyucikan hati
-Menambahkan kebajikan
-Menyukakan malaikat
-Mehinakan syaitan
-Menghilangkan karang gigi
-Memudahkan hancur makanan
-Mustajab doa
-Mencerahkan muka
-Berjabat tangan dengan malaikat
-Menyanjung akan dia oleh malaikat selepas sembahyang
-Diberi suratan amalan (buku) dengan tangan kanan
-Hapuskan kusta
-Menjinakkan oleh malaikat dalam kubur
-Mendatangkan oleh malaikatmaut tat kala mengambil nyawa dengan rupa yang elok
-Menghebatkan bagi seteru.

Wallahu'alam bisawab

No comments: